Isnin, 3 November 2014

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Perak Tengah

JEMPUTAN MENYERTAI PAMERAN SAINS DAN KEJURUTERAAN KE-34(SEDEX34) DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Sukacita merujuk kepada perkara di atas.

2.     Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Petronas berhasrat untuk menganjurkan Pameran Sains dan Kejuruteraan ke 34-(SEDEX). Pameran ini dianjurkan bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan harian. Dengan mengadakan program ini, para pelajar diberi peluang untuk mencipta serta mempamerkan produk yang berasaskan sains dan teknologi.

3.     Sehubungan dengan itu pihak sekolah dijemput untuk menyertai pameran ini. Maklumat berkaitan pameran adalah seperti berikut:

Tarikh     : 10-11 Disember 2014
Masa      : 8 pagi hingga 5 petang
Lokasi    : Foyer Canselor Universiti Teknologi Petronas
Peserta : Sekolah yang berkenaan

 Walaubagaiamanapun penglibatan murid adalah tertakluk kepada surat pekeliling Ikhtisas Bilangan 9 /2004 Panduan Penglibatan Muird-murid sekolah dalam program atau aktiviti anjuran agensi-agensi selain daripada agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

Sebarang pertanyaan hubungi Mohamed Ibrahim b Abdul Mutali melalui email ibrahim@petronas.com.my, Cheng Zheng Horng(017-5665160) atau Nor Nadiah Ahmad Hamidi(017-2974755)

Sekian untuk makluman dan tindakan.

Tiada ulasan: