JEMPUTAN PELANCARAN PROGRAM 3K DAN TERIMA KASIH
CIKGU PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2015
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah seperti lampiran
Tuan,
Dengan
segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan bahawa Unit
Pengurusan Pembangunan Manusia, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan
program seperti perkara di atas pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 17 Mei 2015 (Ahad)
Tempat
:
Kem Kota, Layang-Layang Kiri
Masa
: 8.00 pagi – 2.00 petang
Perasmian
Pelancaran 3K : YB Dato’ Hj. Mohd
Zaim Bin Abu Hassan
Ahli Parlimen Parit
Perasmian
Penutupan : YB Dato’ Drs Mohd Nizar Bin Hj. Zakaria
Terima
Kasih Cikgu Exco Kerajaan Negeri Perak
3. Sehubungan itu pihak tuan dijemput hadir bagi
menjayakan pelancaran program berkenaan. Sekiranya
terdapat sebarang kemusykilan di pihak tuan, sila hubungi Encik Zahari Bin Omar, Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di
talian 012-2689 704 / 05-3711 273.
Kerjasama
dan sokongan tuan amat kami hargai dan di sanjung tinggi.
Sekian,
terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan