Selasa, 12 Mei 2015

PELANCARAN PROGRAM 3K DAN TERIMA KASIH CIKGU PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2015

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-sekolah seperti lampiran

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Sehubungan  dengan itu adalah dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Pembangunan Manusia, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan program seperti perkara di atas pada ketetapan seperti berikut:

                                    Tarikh            : 17 Mei 2015 (Ahad)
                Tempat           : Kem Kota, Layang-Layang Kiri
                Masa          : 8.00 pagi
                Peserta          : SM ( 8 Guru & 8 Murid)
                                          SR Gred A ( 8 Guru & 8 Murid)
                                          SR Gred B ( 4 Guru & 4 Murid)
                                          SR SKM ( 3 Guru & 3 Murid)

3.             Sehubungan itu pihak tuan diminta untuk menghantar bilangan guru dan murid sebagaimana yang ditetapkan. Pakaian semasa program ialah seluar track berwarna hitam / biru tua dan t.shirt rasmi sekolah.

4.             Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan di pihak tuan, sila hubungi  Encik Zahari Bin Omar,  Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 012-2689 704 / 05-3711 273.

Kerjasama dan sokongan tuan amat kami hargai dan di sanjung tinggi.


Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: