Jumaat, 19 Ogos 2016

Makluman

Pengetua dan Guru Besar
Daerah Perak Tengah.

JEMPUTAN DAN HEBAHAN UNTUK MENYERTAI KAYUHAN MERDEKA SEHATI SEJIWA, MAJLIS BANDARAYA IPOH 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan Kayuhan Merdeka Sehati Sejiwa pada hari Selasa bersamaan 30 Ogos 2016. Anjuran ini adalah bersempena bagi menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 59.

2.     Untuk makluman, berikut maklumat program yang berkenaan.

        Tarikh     : 30 Ogos 2016, Selasa
        Masa       : 7.00 malam
        Lokasi     : Dataran Bandaraya Ipoh

Tuan/puan dipohon menghebahkan kepada warga pendidikan dan sekolah. Pendaftaran atas talian boleh dibuat melalui portal rasmi MBI di laman sesawang kayuhanmerdeka@mbi.gov.my. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Ogos 2016.

Sekian, Terima kasih

Tiada ulasan: