Rabu, 24 Ogos 2016

TAKLIMAT PENATARAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK DAN INSTRUMEN BAGI UJIAN APTITUD KHUSUS TAHUN 6 2016.

Semua Guru Besar 
Sekolah-sekolah Rendah Daerah Perak Tengah 

Assalamulaikum dan salam hormat


TAKLIMAT PENATARAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK DAN INSTRUMEN BAGI UJIAN APTITUD KHUSUS TAHUN 6 2016.


Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan taklimat di atas seperti ketetapan berikut:
                        
                        Tarikh             : 24 Ogos  2016 (Rabu)
                        Masa               : 2.15 petang
                        Tempat           : Bilik Tutorial, SK Seri Iskandar
                                   
3.         Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk memberi kebenaran kepada SEORANG Guru Bimbingan di sekolah tuan hadir ke taklimat  tersebut. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan di pihak tuan, sila hubungi En. Hamshah bin Noraini, Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 019 3468209 / 05-3711 273.

Surat telah difaks ke sekolah dan dimasukkan dalam portal rasmi PPD Perak Tengah 

Tiada ulasan: