Pengetua,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.
SMK ISKANDAR SHAH
SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB
SMKA SULTAN AZLAN SHAH
SM RAJA NAZRIN SHAH
Tuan/Puan,
PENGUMPULAN DATA PELAJAR BERSTATUS AKTIF PADA 31 DISEMBER
2016 BAGI PROGRAM KAD DEBIT PELAJAR TAHUN 2017
Adalah saya diarah merujuk kepada
perkara di atas
2.
Dimaklumkan bahwa agihan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) Tahun 2017 dijangka akan
dilaksanakan dan diedarkan kepada pelajar mulai Februari 2017. Oleh
kerana pemberian (BB1M) pada tahun 2017 adalah berbentuk Kad Debit, terdapat
beberapa maklumat tambahan yang diperlukan daripada maklumat yang sedia ada. Kriteria kelayakan
bagi penerima Kad Debit Pelajar 2017 adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia;
2. Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan
Kad Debit Pelajar 2017;
3. Sedang melanjutkan
pengajian dan berstatus aktif pada 31 Disember 2016;
4. Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan
6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej
Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi,
A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan
kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh
Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;
5. Menuntut di IPT di bawah seliaan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau IPT yang telah berdaftar di bawah
akta-akta yang berkuatkuasa; dan
6. Sedang melanjutkan pengajian secara
sepenuh masa atau separa masa.
3.
Sehubungan itu, Format data tambahan
berbentuk excel yang telah disediakan untuk tindakan tuan/
puan dengan segera boleh di muat turun
di bawah.
4.
Maklumat pelajar tersebut hendaklah dikemukakan terus kepada PPD Hem Perak
tengah melalui email hemperaktengah@gmail.com pada
atau sebelum 3 Januari 2017 (Selasa) . Kelewatan
menyalurkan maklumat tersebut akan menggangu kelancaran agihan (BB1M) Tahun
2017 dan pihak tuan/ puan adalah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku
keciciran penerima (BB1M).
5. Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir
bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 019-5034371.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan