Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah
Tuan ,
PELAKSANAAN PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI
SEKOLAH RENDAH TAHUN 2017
Dengan
hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita
dimaklumkan, Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah tahun
2017 akan bermula pada hari pertama persekolahan ( bagi murid tahun 2 hingga tahun
6 )
3. Sehubungan
itu, Pihak PPD Perak Tengah amat berharap agar pihak tuan dapat memastikan program Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) berjalan dengan lancar. Mohon tuan untuk muat turun surat arahan
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Buku Panduan Pengurusan RMT di di bawah.
4. Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir
bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak
Tengah) di talian 05-3711273 / 013-5072246.
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
muat turun :- RMT 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan