Pengetua,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.
Tuan/Puan,
PEMBAYARAN
BIASISWA KELAS PERSEDIAAN UNIVERSITI (BKPU) TERTANGGUNG TAHUN FASA 2 TAHUN 2016
BAGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan
surat Jabatan Pendidikan Negeri J.Pel.Pk.(HEM)5128/6/3(44) bertarikh 13
Disember 2016 adalah berkaitan.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa pembayaran untuk semua penerima BKPU Tertanggung fasa 2
tahun 2016 telah dibuat kelulusan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 26
November 2016. Pembayaran tersebut telah dikreditkan ke akaun pelajar bagi
bayaran 6 bulan tahun 2016.
3. sehubungan
dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memaklumkan kepada penyelaras /
guru biasiswa sekolah tuan. Pihak sekolah dikehendaki untuk mengambil tindakan
berikut
3.1 Guru biasiswa diminta
mengemaskini dan membuat semakan pada kad akaun pelajar melalui cetakan akaun
Bank Simpanan Nasional.
3.2 Sekiranya terdapat keciciran bayaran
biasiswa berlaku kepada pelajar yang berjaya:
3.2.1 Isi lampiran J (rujuk MPK m/s 78).
3.2.2 Lampirkan bersama salinan surat tawaran
biasiswa.
3.2.3 Salinan kad akuan pelajar.
3.2.4 Salinan kad pengenalan penerima biasiswa.
4. Dokumen
yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke JPN Perak untuk perhatian En. Zul Rozaini Bin Seturi ( Penyelia
Tajaan Biasiswa) pada atau sebelum 30 Disember 2016 tanpa gagal supaya
dapat dikemukakan ke bahagian kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
tindakan selanjutnya.
5. Sebarang
pertayaan sila berhubung terus dengan En.
Zul Rozaini Bin Seturi ( Penyelia Tajaan Biasiswa) di talian 05-5015139/018-5711712
Kerjasama
dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan