Isnin, 23 Januari 2017

ASRAMA

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Asrama Harian,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

PEMANTAUAN PEMATUHAN STANDARD KUALITI PENGURUSAN ASRAMA (SKPA) NEGERI PERAK 2017
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Jabatan Pendidikan Negeri J.Pel.Pk.(HEM)5128/8/7(2) bertarikh 09 Januari 2017 adalah berkaitan.
2.         Untuk makluman tuan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat ketetapan bahawa semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah diminta melaksanakan pemantauan Pengurusan Asrama Harian berdasarkan Standard Kualiti Pengurusan Asrama Harian (SKPA) bagi tahun 2017.
3.         Sehubungan dengan itu, semua sekolah asrama harian wajib menjalankan pemantauan kendiri dan pihak JPN dan PPD akan melaksanakan pemastian pemantauan bagi tahun 2017 dengan menggunakan Instrumen Standard Kualiti Pengurusan Asrama (SKPA) dan borang PK-03. Pemantauan bermula pada 9 Januari 2017 ke semua Asrama Harian.
4.         Semua sekolah Asrama Harian wajib melengkapkan pemantauan kendiri (SKPA) sebelum pemastian pemantauan oleh JPN dan PPD.
5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: