Isnin, 23 Januari 2017

BIASISWA

Pengetua,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

PEMBAYARAN BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) TERTANGGUNG TINGKATAN 2 HINGGA 4 FASA 2 ( JULAI HINGGA SEPTEMBER ) TAHUN 2016 BAGI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Jabatan Pendidikan Negeri J.Pel.Pk.(HEM)5128/6/2(33) bertarikh 17 Januari 2017 adalah berkaitan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran untuk semua penerima BKP Tertanggung Tingkatan 2 hingga 4 fasa 2 tahun 2016 telah dibuat kelulusan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 23 Disember 2016. Pembayaran tersebut telah dikreditkan ke akaun pelajar bagi baki bayaran  tahun 2016.
3.         sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memaklumkan kepada penyelaras / guru biasiswa sekolah tuan. Pihak sekolah dikehendaki untuk mengambil tindakan berikut
3.1        Guru biasiswa diminta mengemaskini dan membuat semakan pada kad akaun pelajar melalui cetakan akaun Bank Simpanan Nasional.
            3.2        Sekiranya terdapat keciciran bayaran biasiswa berlaku kepada pelajar yang berjaya:
                        3.2.1     Isi lampiran J (rujuk MPK m/s 78).
                        3.2.2     Lampirkan bersama salinan surat tawaran biasiswa.
                        3.2.3     Salinan kad akuan pelajar.
                        3.2.4     Salinan kad pengenalan penerima biasiswa.


4.         Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke JPN Perak untuk perhatian En. Zul Rozaini Bin Seturi ( Penyelia Tajaan Biasiswa) pada atau sebelum 31 Januari 2017 tanpa gagal supaya dapat dikemukakan ke bahagian kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
5.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Zul Rozaini Bin Seturi ( Penyelia Tajaan Biasiswa)  di talian 05-5015139/018-5711712
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: