Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.
Tuan/Puan,
PROGRAM KENDIRI KANTIN SEKOLAH
Dengan hormatnya
perkara di atas adalah dirujuk dan surat siaran KPM.600-14/1/55 jld.3 (5)
bertarikh 22 Disember 2016 dan surat Jabatan Pendidikan Negeri J.Pel.Pk.(HEM)5128/10/7/1(73)
bertarikh 20 Januari 2017 adalah berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa usaha-usaha
menyelengara dan meningkatkan kebersihan kantin di sekolah-sekolah telah
dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh sekolah, namun keberkesanannya didapati
masih belum mencapai tahap diingini.
3. sehubungan dengan itu, tuan dimohon
untuk memastikan semua kantin sekolah dipertingkatkan dengan perancangan,
pelaksanaan dan pemantauan tahap kebersihan kantin sekolah dengan merujuk
kepada arahan, pekeliling Ikhtisas, surat siaran dan Buku Panduan Pengurusan
Kantin Sekolah Sihat.
4. Program Pemeriksaan Kendiri Kantin
sekolah hendaklah dimantapkan dan dilaksanakan dengan penuh integriti oleh pengusaha
kantin. Mulai tahun 2017, pengusaha
kantin diminta menguruskan borang Laporan Harian Kendiri Kantin Sekolah dengan
menyediakan dan melaksanakan pemeriksaan harian di kantin. Manakala laporan
Harian Pemeriksaan Kendiri Kantin Sekolah hendaklah difailkan di sekolah bagi
rujukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan penguatkuasaan oleh Pejabat
Kesihatan Daerah (PKD). Format Laporan Kendiri Kantin Sekolah yang baru boleh
dimuat turun di bawah.
5. Sebarang pertayaan sila berhubung
terus dengan En. Razmir bin Ahmad
Nordin (Penyelia Hal Ehwal Murid) di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal
ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima
kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan