Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.
Tuan/Puan,
MAKLUMAT KANTIN YANG TIDAK MENGGUNAKAN METER BERASINGAN
DAN KADAR PEMBAYARAN YANG DIKENAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH
Dengan hormatnya
perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak
Jabatan Pendidkan Negeri Perak sedang mengumpul data mengenai penggunaan meter
elektrik dan air di sekolah.
3. Sehubungan dengan itu, tuan dimohon
untuk mengisi maklumat yang diperlukan oleh pihak JPN Perak. Hanya sekolah –
sekolah yang tidak menggunakan meter berasingan sahaja perlu mengisi maklumat
tersebut.
4. Borang
data boleh dimuat turun di BAWAH dan perlu diemailkan semula ke email kantinperaktengah@gmail.com
sebelum 25 Januari 2017.
5. Sebarang pertayaan sila berhubung
terus dengan En. Razmir bin Ahmad
Nordin (Penyelia Hal Ehwal Murid) di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal
ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima
kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan