Kepada
Pengetua / Guru Besar
Warga Pendidik Daerah Perak Tengah
Tuan,
Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang Di Sekolah
Perkara di atas adalah dirujuk dan surat dari Jabatan Pendidikan Perak J.Pel. Pk. HEM.5128/5/7 Jld.5 yang diterima pada 5 Januari 2017 adalah berkaitan.
Adalah dimaklumkan bahawa Amalan Guru Penyayang yang dilaksanakan dalam kalangan murid dan warga sekolah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Perkara ini ditegaskan pelaksanaannya melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 78 Tahun 2013 dan Bilangan 9 tahun 2013, berkaitan Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang Di Sekolah. Di samping itu juga bagi memperkasakan Amalan Guru Penyayang, Surat Siaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak Bilangan 20 Tahun 2016 berkaitan Pelaksanaan Amalan Senyum, Sapa dan Salam (3S) sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga sekolah.
Sehubungan dengan itu, semua Pengetua dan Guru Besar diminta mematuhi peringatan ini untuk terus menghayati konsep Amalam Guru Penyayang dan meningkatkan sikap kepedulian (concern) guru terhadap muridnya pada setiap masa.
Justeru, pihak PPD Perak Tengah mengharapkan pihak tuan teruskan menyemai nilai-nilai kasih sayang dan budaya 3S di sekolah masing-masing. Sepertimana yang ditunjukkan semasa hari pertama persekolahan tempoh hari. In sha Allah pelancaran di peringkat daerah akan dilakukan di SMK Seri Iskandar pada 17 Januari 2017 (Selasa). Surat akan menyusul.
Sekian dan terima kasih.
Encik Hamshah Bin Noraini
Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling
b.p Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan