Khamis, 5 Januari 2017

SPBT

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah – Sekolah
Daerah Perak Tengah.

Tuan,
TAKLIMAT PELARASAN BUKU TEKS BAGI KEGUNAAN TAHUN 2017

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk
2.       Dengan ini dimaklumkan bahawa pembekalan buku teks ke sekolah – sekolah bagi buku Teks cetakan semula (BCS) kegunaan tahun 2017 telah selesai pada 20 November 2016.
3.       Sehubungan itu, pihak PPD Perak Tengah akan mengadakan satu taklimat Pelarasan untuk buku kurang di sekolah pada :-
Tarikh               :  9 Januari 2017
                   Masa                :  2.30 ptg
Tempat             :  Dewan Al-Biruni PPD Perak Tengah

4.       Sehubungan itu, Pihak PPD Perak Tengah amat berharap agar pihak tuan dapat memberi kebenaran  kepada Penyelaras SPBT / Guru SPBT sekolah tuan hadir ke taklimat pelarasan  tersebut. Mohon Penyelaras SPBT / Guru SPBT membawa maklumat buku lebih kurang dan buku lebihan untuk diserahkan ke sekolah yang mengalami kekurangan buku teks dan mengisi maklumat terkini penyelaras SPBT / guru SPBT di ” google form” yang boleh di layari di bawah.
5.       Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 019-5034371.
Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai .


Sekian, terima kasih.

MOHON ISI MAKLUMAT DIBAWAH

https://goo.gl/forms/veZ5z80bVmqm6cnD2

Tiada ulasan: