Pengetua/Guru Besar,
Penolong Kanan/Guru Kanan,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah.
Tuan,
JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) PERHUBUNGAN DAERAH PERAK TENGAH KALI KE 21 TAHUN 2016.
Dengan hormatnya dan takzimnya, berkenaan suratPPIM Pk. Tngh (65) 2017 bertarikh 13 Januari 2017 di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubungan Daerah Perak Tengah akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 21 seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 03 Februari 2017 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat : SMK Seri Iskandar.
3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama dan jasa baik tuan untuk memberikan kebenaran kepada AJK PPIM dari sekolah tuan menghadiri mesyuarat tersebut seperti ketetapan yang telah dinyatakan dengan berpakaian baju kurung warna PPIM.
4. Kerjasama dan sokongan tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
Mohon muat turun surat berkaitan AGM PPIM pada pautan yang disediakan di bawah :
Surat-surat AGM PPIM 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan