Isnin, 29 Mei 2017

KANTIN

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Perak

LARANGAN PENJUALAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG TIDAK DIGALAKKAN PENJUALANNYA DI KANTIN SEKOLAH
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri KPM Bilangan 14/2016 pada 7 september 2016 telah memutuskan agar makanan dan minuman dalam kategori tidak digalakkan untuk dijual dimasukkan ke dalam kategori dilarang untuk dijual di kantin sekolah.
Sehubungan dengan itu, tuan dimohon memastikan Garis Panduan Pemakanan Sihat di sekolah ini dipatuhi dan dikuatkuasakan. Sila muatturun surat di Attachment di bawah untuk tindakan tuan seterusnya.
Seterusnya, sila layarai url ini utk maklumat seterusnya : https://goo.gl/TIOXcG
Sekian, terima kasih.

Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak



Tiada ulasan: