Isnin, 29 Mei 2017

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak
Semua Pengetua/guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Perak

PERKHIDMATAN MESIN LAYAN DIRI (VENDING MACHINE) DI SEKOLAH
Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.14/2016 pada 7 September 2016 telah memutuskan agar makanan dan minuman dalam kategori tidak digalakkan untuk dijual dimasukkan ke dalam kategori dilarang untuk dijual di kantin sekolah. Selaras dengan itu, semua perkhidmatan mesin layan diri yang menjual makanan dan minuman yang dilarang tidak dibenarkan berada di premis dan kawasan sekolah.Produk makanan dan minuman bagi mesin layan diri mestilah mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti mana yang terkandung dalam surat siaran KPM.600-14/1/56Jld.3(32) bertarikh 15 Mac 2017.
Diharap tuan memuatturun surat pada attachment di bawah untuk dipanjangkan ke sekolah-sekolah.

Sekian, terima kasih.

Unit Hal Ehwal Murid
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Attachments:
Download this file (20170516022838860.pdf)20170516022838860.pdf[ ]165 kB

Tiada ulasan: