Selasa, 9 Mei 2017

KEJOHANAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) TAHUN 2017

SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

KEJOHANAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh             :  12 Mei - 14 Mei, 2017 ( Jumaat - Ahad)
                        Tempat           :  Seri Manjung
                        Masa               :  8.00 pagi - 6.00 petang
                        Penginapan   :  SABK Maahad Islahiah Addiniah, Lekir
                        Keperluan      :  Cadar, Sarung Bantal, Kelengkapan diri dll.
                       
3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai dan pelajar tuan seperti Lampiran 1 dari sekolah tuan yang terpilih mewakili Daerah Perak Tengah ke kejohanan tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Penginapan dan makanan disediakan kepada pegawai dan pelajar disepanjang kejohanan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian di talian 05-371 1273 / 017-5442508.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.

Sila muat turun surat di bawah;




Tiada ulasan: