Isnin, 8 Mei 2017

YURAN TAHUNAN PSKPP PERAK TAHUN 2017


Semua Ketua Sektor, Jabatan  Pendidikan  Negeri Perak; Semua Ketua Pegawai Pendidikan  Daerah Negeri Perak; Pengarah, Institut  Pendidikan  Guru Kampus Ipoh; Pengarah, Kolej Matrikulasi  KPM, Gopeng;
Ketua Nazir, Jemaah Nazir Persekutuan; Ketua Pejabat Audit  Sekolah  Ipoh & Taiping;
Ketua Penolong  Pengarah,  Bahagian Teknologi  Pendidikan  Negeri Perak, Semua Pengetua dan Guru Besar;
Sekolah Menengah dan Sekolah  Rendah Negeri Perak.



Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

YURAN TAHUNAN PSKPP PERAK TAHUN 2017

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dengan   ini   dimaklumkan    bahawa    Persatuan    Sukan    dan    Kebudayaan Perkhidmatan  Pendidikan  Perak  (PSKPP  Perak)  sedang  berusaha  untuk  menarik seberapa ramai  pegawai  dan  anggota  Perkhidmatan Pendidikan  Negeri Perak yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menganggotai persatuan. Sehubungan    itu,   sukacita    saya    menyarankan    agar   setiap    Ketua   Jabatan mengambil   inisiatif   yang   sewajarnya   supaya   semua   pegawai   dan  anggota   di jabatan,  pejabat dan sekolah  masing-masing  menjadi ahli PSKPP Perak.


3.       Bagi tujuan ini, Y.Bhg. Dato'/DatinlTuan/Puan diminta mengutip Yuran Tahunan PSKPP Perak sebanyak  RM5.00 seorang  setahun   (RM4  untuk  PSKPP Cawangan Daerah/lbu Pejabat   RM1  PSKPP  Negeri).   Yuran  tersebut  (cek/wang pos/kiriman wang/tunai)  hendaklah  dibayar  kepada  BENDAHARI  PSKPP  DAERAH  di  alamat Pejabat  Pendidikan   Daerah  masing-masing   dengan melengkapkan  Borang PSKPP YT (Lampiran 1) pada atau sebelum 15 MEl 2017.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi Penyelia Sukan PPD masing-masing seperti lampiran 2.

Sila muat turun surat di bawah;

1) surat yuran tahunan pskpp Perak 2017

2) borang yuran ahli pskpp


Tiada ulasan: