Selasa, 6 Februari 2018

KEJOHANAN PING PONG MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK TAHUN 2018

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,


KEJOHANAN PING PONG  MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK TAHUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh              :  9 Februari hingga 11 Februari, 2018                 
                        Tempat             :  Dewan Persatuan Hokkien, Gerik
            Masa Pendaftaran         :  8.00 pagi ( 9 Februari, 2018)
                        Penginapan      :  Asrama SMK Sultan Idris Shah II, Gerik
                       
3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan agar dapat memberi pelepasan tugas kepada guru dan pelajar dari sekolah tuan ke kejohanan ini pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Sebarang pertanyaan mengenai kejohanan ini, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508 atau PTPS Ping Pong, En. Megat Azmuniaddin Jamalullail B Megat Jamaluddin di talian 013-5200060 / 01115380185.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.



SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;


Tiada ulasan: