Khamis, 26 April 2018

KEBENARAN KEPADA GURU DAN MURID MENYERTAI KARNIVAL HARI PUTERI ANJURAN PPIM PERHUBUNGAN DAERAH PERAK TENGAH 2018


Seperti Senarai Edaran;

                                                                                   
Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

KEBENARAN KEPADA GURU DAN MURID MENYERTAI KARNIVAL HARI PUTERI ANJURAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) PERHUBUNGAN DAERAH PERAK TENGAH 2018

Sukacita saya merujuk surat dari Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Perak Tengah , PPIM Pk. Tgh (10) 2018 bertarikh 7 Jun 2017 mengenai perkara di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa program  tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                                  Tarikh    :  2 Mei 2018 (Rabu)
                                  Masa      :  12.00 tengahari hingga 5.00 petang.
                                  Tempat   :  SMK Dato’ Seri Maharaja Lela, Kg Gajah
              
3.         Sehubungan dengan itu pihak pejabat ini mengalu-alu dan menggalakkan penyertaan dari murid-murid sekolah tuan untuk menyertai karnival tersebut. Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan Hari Puteri sebanyak  RM10 seorang. Bayaran boleh diserahkan kepada bendahari PPIM daerah(Pn Norliza bt Abdullah, Smk Dato’ Seri Maharaja Lela) dan perlu dibayar semasa pendaftaran .Pihak tuan boleh menggunakan peruntukan wang kokurikulum BKK sekolah masing-masing untuk urusan tersebut. Guru yang terlibat perlu mematuhi SPI Bil.8/2016 (Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan SPIBil.9/2016 (Pelaksanaan Standard Sekolah Menengah).
           
4.         Pihak tuan hendaklah mematuhi SPI Bil.24/1998 (Penglibatan Guru dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Agensi kerajaan dan Agensi Bukan Kerajaan). Rujuk juga SPI 8/2009 (Langkah-langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti Program Lawatan Di luar Waktu Persekolahan).

5.         Urusan selain dari disebutkan di atas adalah ditanggung oleh penganjur. Sebarang pertanyaan perkara di atas, sila hubungi Encik Ahmad Zubir Bin Mat Johor di talian 019-2219880

Sekian,terima kasih.

sila muat turun

surat Karnival PPIM


Tiada ulasan: