Khamis, 26 April 2018

LANTIKAN SEBAGAI HAKIM SEMPENA KARNIVAL HARI PUTERI PPIM PERHUBUNGAN DAERAH PERAK TENGAH


Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah.


Tuan,


LANTIKAN SEBAGAI HAKIM SEMPENA KARNIVAL HARI PUTERI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) PERHUBUNGAN DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2018

Sukacita saya merujuk surat dari Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Perak Tengah , PPIM Pk. Tgh (10) 2018 bertarikh 24 April 2017 mengenai perkara di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa program  tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                                  Tarikh    :  2 Mei 2018 (Rabu)
                                  Masa      :  12.00 tengahari hingga 5.00 petang.
                                  Tempat   :  SMK Dato’ Seri Maharaja Lela, Kg Gajah
              
3.         Oleh itu, dimaklumkan bahawa pegawai dari sekolah tuan telah dilantik sebagai hakim sempena Karnival Hari Puteri Pergerakan Puteri Islam Malaysia.(lampiran)      
           
4.         Sehubungan itu , dipohon kerjasama dan jasa baik tuan agar dapat memberikan kebenaran dan perlepasan tugas harian kepada beliau untuk berada seperti ketetapan yang telah dinyatakan.

5.         Segala kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara di aras amat kami hargai dan diucapkan terima kasih.


Sekian,terima kasih.



sila muat turun

surat lantikan hakim

Tiada ulasan: