Jumaat, 22 Jun 2018

HEBAHAN JEMPUTAN MENYERTAI FESTIVAL ORKESTRA POP PATRIOTISME

Sukacita saya merujuk perkara di atas.

Dengan ini dimaklumkan bahawa jabatan ini memanjangkan jemputan daripada Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris kepada sekolah-sekolah menengah untuk menyertai Festival Orkestra Pop Patriotisme yang akan diadakan  pada 20 dan 21 Julai 2018 bertempat di Panggung Budaya, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sehubungan itu, sekolah yang berminat boleh melengkapkan borang penyertaan (lampiran) dan menghubungi pihak penganjur berhubung perkara berkenaan. Bersama-sama surat ini turut dilampirkan syarat-syarat pertandingan.

Pihak sekolah juga perlu jelas dan mematuhi pekeliling-pekeliling ikhtisas dan surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung penglibatan sekolah/murid/guru dengan agensi-agensi luar selari KPM yang sedang berkuatkuasa . Tiada sebarang implikasi kewangan  terhadap  Jabatan  ini  dan  Pejabat  Pendidikan  Daerah.  Penyertaan  sekolah  dalam program tersebut juga perlu dimaklumkan kepada Jabatan (Unit Kokurikulum, JPN) ini dengan segera.

Sebarang pertanyaan, hubungi Cik Siti Fatimah Binti Mohd Nawi, Penolong Pengarah Kokurikulum di talian 05-5015 155.

Sekian, terima kasih.



Muat turun

HEBAHAN JEMPUTAN MENYERTAI FESTIVAL ORKESTRA POP PATRIOTISME


Tiada ulasan: