Jumaat, 22 Jun 2018

HEBAHAN JEMPUTAN MENYERTAI SAYEMBARA DEKLAMASI SYAIR EMPAT (4) ZON

Sukacita saya merujuk perkara di atas.

Dengan ini dimaklumkan bahawa jabatan ini memanjangkan jemputan daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak kepada sekolah-sekolah menengah untuk menyertai program tersebut yang akan diadakan mengikut empat (4) zon bertempat seperti di jadual (Lampiran).

Sehubungan itu, sekolah yang berminat boleh melengkapkan borang penyertaan (lampiran) dan menghubungi pihak penganjur berhubung perkara berkenaan. Bersama-sama surat ini dilampirkan syarat-syarat pertandingan. Pihak sekolah juga perlu memaklumkan penyertaan kepada Jabatan ( Unit Kokurikulum , JPN) ini.

Pihak sekolah juga perlu jelas dan mematuhi pekeliling-pekeliling ikhtisas dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung penglibatan sekolah/murid/guru dengan agehsi-agensi luar selain KPM  yang sedaug  berkuatkuasa. Tidra  sebarang  implikasi kewangan terhadap Jabatan ini dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Sebarang pertanyaan, hubungi Cik Siti Fatimah Binti Mohd Nawi , Penolong Pengarah Kokurikulum JPN Perak di talian 05-5015 155.

Sekian, terima kasih


MUAT TURUN

HEBAHAN JEMPUTAN MENYERTAI SAYEMBARA DEKLAMASI SYAIR EMPAT (4) ZON

Tiada ulasan: