Rabu, 11 Julai 2018

KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT NEGERI PERAK 2018



Sukacita saya merujuk perkara diatas, surat J.Pel.Pk.(KOKU)600-3/5/1/2  Jld.  ( 3 ) bertarikh 9 Julai 2018 adalah berkaitan.

2.         Sehubungan itu pertandingan tersebut akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

            Tarikh                          : 14 Julai 2018 (Sabtu)
            Masa Pendaftaran      : 7.45 – 8.30 pagi
            Tempat                        : Dewan SK (ACS) Methodist, Setiawan, Perak
                                                  Dewan SMK (ACS) Methodist, Setiawan, Perak

3.         Sehubungan dengan itu, kerjasama di pohon untuk menghantar peserta dan guru pengiring sekolah tuan bagi mewakili daerah Perak Tengah ke pertandingan tersebut. Segala urusan pengangkutan adalah di bawah tanggungan pasukan masing-masing.dan makan dan minum disediakan oleh pihak penganjur sepanjang pertandingan .
4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut.
5.         Sebarang pertanyaan,sila hubungi Dr. Adlan bin Mohamed Yusof ( Penolong Pengarah Kokurikulum Akademik,JPN Perak) di talian 012-5404393/05-5015151  atau Encik Rosman bin Yaacub (Pen. PPD Kokurikulum Akademik PPD Manjung)  di talian 013 6640866/05-6911763 . Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.  Sekian



MUAT TURUN

SURAT KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT NEGERI

SENARAI NAMA SEKOLAH

KERTAS KONSEP DAN BORANG PENDAFTARAN


Tiada ulasan: