Pengetua/Guru
Besar,
Sekolah-sekolah
Daerah Perak Tengah.
Tuan,
KEJOHANAN CATUR MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPk) TAHUN
2018
Dengan
hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan
di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :
Tarikh : 13 hingga 15 Julai, 2018.
Tempat : SM SAINS Tapah
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
3. Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan
agar dapat memberi pelepasan tugas kepada guru dan pelajar dari sekolah tuan ke
kejohanan ini pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Sebelum
meninggalkan tugas, guru diminta untuk menyediakan modul latihan atau tugasan
kepada pelajar-pelajar mengikut bilangan hari meninggalkan sekolah. Pihak tuan diminta memastikan peraturan
keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.
4. Sebarang pertanyaan mengenai program
ini, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi
Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508
Perhatian
dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.
Sekian,
terima kasih.
SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan