Jumaat, 6 Julai 2018

KEJOHANAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) TAHUN 2018


SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

KEJOHANAN BOLA SEPAK  MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) TAHUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh              :  8 hingga 11 Julai, 2018
                                                  
                        Tempat             :  Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong
                                   
Lapor Diri         :  9.00 pagi
                                               
3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai dan pelajar tuan seperti Lampiran 1 dari sekolah tuan yang terpilih mewakili Daerah Perak Tengah ke kejohanan tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Penginapan dan makanan disediakan kepada pegawai dan pelajar disepanjang kejohanan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian di talian 05-371 1273 / 017-5442508 atau PTPS Bola sepak En. Khairulnizam di talian 019-7317725.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;




Tiada ulasan: