Khamis, 5 Julai 2018

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) TAHUN 2018


SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) TAHUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :
                        Tarikh              :  6 hingga 8 Julai, 2018                                      
Tempat           :  Lelaki dan Perempuan (Bawah 18 tahun)
a.       Astaka Sitiawan
                                              Lelaki dan Perempuan (Bawah 12  tahun)
b.      SMJK Nan Hwa
                        Penginapan      :  SABK Maahad Lekir , SMK Batu 10 & SMK Ahmad Boestamam                    
Lapor Diri         :  3.00 petang
                                               
3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai dan pelajar tuan seperti Lampiran 1 dari sekolah tuan yang terpilih mewakili Daerah Perak Tengah ke kejohanan tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Penginapan dan makanan disediakan kepada pegawai dan pelajar disepanjang kejohanan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian di talian 05-371 1273 / 017-5442508..

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.

SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;

SURAT KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSPK 2018

SENARAI NAMA PEGAWAI DAN PEMAIN BOLA TAMPAR BWH 12 TAHUN

SENARAI NAMA PEGAWAI DAN PEMAIN BOLA TAMPAR BWH 18 TAHUN

Tiada ulasan: