Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pengetua,
Sekolah Menengah
Daerah Perak Tengah
Tuan,
PENCALONAN PESERTA PERAK FUTURE LEADER (PFL) KOHORT
3/2018
PERINGKAT NEGERI PERAK
Dengan segala hormatnya perkara di
atas adalah dirujuk.
2. Sukacitanya
dimaklumkan bahawa Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri
Perak akan melaksanakan program Perak Future Leader Kohort 3 tahun 2018.
3.
Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan untuk membuat pemilihan dan mencalonkan
Dua Orang Pemimpin Murid Tingkatan 4 (1 LELAKI 1 PEREMPUAN) sekolah tuan mengikut kriteria yang
ditetapkan. Sila lengkapkan Borang Pemilihan Calon yang disertakan dan hantar softcopy borang tersebut ke telegram En. Muhammad Ikmal bin Abdul
Rashid di talian 013-2001520 sebelum atau pada 6 Julai 2018.
4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di
atas sila hubungi En.
Muhammad Ikmal bin Abdul Rashid di talian 013-2001520 / 05-3711273. Kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.SILA MUAT TURUN:
Surat Pencalonan Perak Future Leader KOHORT 3 (PERAK TENGAH)
Borang Pencalonan Perak Future Leader Kohort 3 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan