Selasa, 3 Julai 2018

LANTIKAN SEBAGAI HAKIM PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA SEKOLAH MENENGAH SEMPENA ULANGTAHUN KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH 2018



Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pegawai  sekolah tuan telah dilantik sebagai HAKIM Pertandingan Pidato  Diraja Sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Peringkat Daerah Perak Tengah 2018 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

                        Tarikh                         :   05 Julai  2018
                        Masa                           :   10.30 pagi
                        Tempat                       :   Dewan Serbaguna SMK Sultan Muzafar Shah 1

3.         Sehubungan itu dipohon kerjasama dan jasa baik tuan agar dapat memberikan kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada beliau untuk berada di tempat pertandingan pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan.

4.         Bersama ini disertakan senarai hakim seperti lampiran. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Encik Yusmahnizam Bin Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091. Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,harap maklum.

 


muat turun

LANTIKAN SEBAGAI HAKIM PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA SEKOLAH MENENGAH

Tiada ulasan: