Isnin, 16 Julai 2018

MESYUARAT PENYELARASAN KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2018 KALI KE DUA


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Pengelolaan Karnival Sains Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah tahun 2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                        Tarikh                         :  19 Julai  2018 (Khamis )
                        Masa                           :  2.30 petang
                        Tempat                       :  Bilik Mesyuarat SMK Lambor Kiri

                        Agenda  Mesyuarat

                        1.         Ucapan Pengerusi
                        2.         Ucapan  Tuan PPD / Wakil
                        3.         Ucapan  Pengerusi Teknik
                        4.         Taklimat Pertandingan
                        5.         Kewangan
                        6.         Hal-Hal Lain

                        Pengerusi Mesyuarat : Pengetua SMK Lambor Kiri.

3.         Sehubungan itu mohon jasa baik tuan/puan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dari sekolah tuan/puan untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi  Encik Yusmahnizam Bin Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik di talian 013 6045091 atau 05-3711 273.

4.         Kerjasama dan sokongan tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian,harap maklum.




MUAT TURUN

MESYUARAT KARNIVAL STEM

Tiada ulasan: