Jumaat, 13 Julai 2018

PERTANDINGAN MENULIS ESEI DIRAJA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT SARINGAN AKHIR NEGERI PERAK 2018

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

(Seperti Lampiran )


Sukacita saya merujuk perkara diatas, surat JPNPK.SPK. KOKU 600-3/5/1/3 Jld.  ( 42 ) bertarikh 12 Julai 2018 adalah berkaitan.

2.         Sehubungan itu pertandingan tersebut akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

            Tarikh             : 17 Julai 2018 (Selasa)
            Masa               : 8.00 pagi
            Tempat            : SMK St Michael , Ipoh, Perak (Esei BM/BI Sekolah Menengah)
                                      SK St Michael , Ipoh, Perak (Esei BM/BI Sekolah Rendah)

3.         Sehubungan dengan itu, kerjasama di pohon untuk menghantar peserta dan guru pengiring sekolah tuan bagi mewakili daerah Perak Tengah ke pertandingan tersebut. Segala urusan pengangkutan adalah di bawah tanggungan pasukan masing-masing. Makan dan minum disediakan oleh pihak penganjur sepanjang pertandingan .
4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut.

5.         Sebarang pertanyaan,sila hubungi Dr. Adlan bin Mohamed Yusof ( Penolong Pengarah Kokurikulum Akademik,JPN Perak) di talian 012-5404393/05-5015151  atau Encik Yusmahnizam bin Yusof (Pen. PPD Kokurikulum Akademik)  di talian 013 604 5091. Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.  Sekian

MUAT TURUN

PERTANDINGAN MENULIS ESEI DIRAJA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS

Tiada ulasan: