Dengan segala hormatnya
perkara di atas adalah dirujuk..
2. Sukacita dimaklumkan bahawa
Pertandingan Kokurikulum Akademik Karnival STEM Bagi Roket Air akan diadakan
seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 31 Julai 2018
Masa : 11.30 pagi
Tempat : SMK Lambor Kiri
3. Sehubungan dengan itu mohon jasa baik
tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan
pelajar dari sekolah tuan untuk hadir ke pertandingan tersebut. Segala
perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah
masing-masing.
4. Pihak tuan/puan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa
pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang
mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu
bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang
pertanyaan sila hubungi Encik
Yusmahnizam Bin Yusof , Penolong PPD Kokurikulum Akademik di talian 013 6045091 atau 05-3711 273.
5. Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam
menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
muat turun
surat pertandingan (roket air )
lantikan hakim roket air 31/07/2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan