Jumaat, 27 Julai 2018

PERTANDINGAN KO AKADEMIK – KARNIVAL STEM SEKOLAH MENENGAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2018


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk..

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Kokurikulum Akademik Karnival STEM akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

      Tarikh                          :   01 Ogos  2018
                        Masa                           :   8.30 pagi
                        Tempat                       :   SMK Lambor Kiri

3.         Sehubungan dengan itu mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir ke pertandingan tersebut. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
           
4.         Pihak tuan/puan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Bin Yusof , Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711 273. 


5.         Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


muat turun :-

SURAT PERTANDINGAN KARNIVAL STEM 2018

Tiada ulasan: