Isnin, 2 Julai 2018

PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH SEMPENA ULANGTAHUN KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2018



Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Pidato Diraja Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                        Tarikh            : 05 Julai 2018
                        Masa               : 10.30 Pagi
                        Tempat           : SMK Sultan Muzafar Shah 1, Lambor Kanan, Perak
                       
3.         Sehubungan dengan itu mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir ke pertandingan tersebut. Makan dan minum disediakan oleh pihak penganjur. Pengangkutan ke pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.    
       
4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Bin Yusof, Penolong PPD Kokurikulum akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273. Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, 


Muat Turun

PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH

Tiada ulasan: