PERTANDINGAN
PIDATO DIRAJA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH SEMPENA
ULANGTAHUN KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK PERINGKAT DAERAH PERAK
TENGAH TAHUN 2018
Dengan segala hormatnya merujuk kepada
perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa
Pertandingan Pidato Diraja Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2018 akan
diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh
: 04 Julai 2018
Masa
: 10.30 Pagi
Tempat :
SK Parit, Perak
3. Sehubungan dengan itu mohon jasa baik
tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan
pelajar dari sekolah tuan untuk hadir ke pertandingan tersebut. Makan dan minum
disediakan oleh pihak penganjur. Pengangkutan ke pertandingan ini adalah di
bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
4. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa
pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang
mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu
bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang
pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Bin Yusof, Penolong PPD Kokurikulum
akademik di talian 013 6045091 atau 05-3711273.
Kerjasama dan sokongan
tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima
kasih.
Sekian,
MUAT TURUN
PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA SEKOLAH RENDAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan