Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah – Sekolah
Daerah Perak Tengah.
Tuan,
TAKLIMAT PELARASAN BUKU TEKS BAGI KEGUNAAN TAHUN
2019
Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk
2. Dengan
ini dimaklumkan bahawa pembekalan buku teks ke sekolah – sekolah bagi buku Teks
cetakan semula (BCS) kegunaan tahun
2019 masih dalam proses penghantaran.
3. Sehubungan itu, pihak
PPD Perak Tengah akan mengadakan satu taklimat Pelarasan untuk buku kurang di
sekolah pada :-
Tarikh : 9
Januari 2019 (Rabu)
Masa
: 2.30 ptg
Tempat :
Dewan Al-Biruni PPD Perak Tengah
4. Sehubungan itu, Pihak PPD Perak
Tengah amat berharap agar pihak tuan dapat memberi
kebenaran kepada Penyelaras SPBT / Guru SPBT sekolah
tuan hadir ke taklimat
pelarasan tersebut. Mohon Penyelaras SPBT / Guru SPBT membawa maklumat
buku lebih kurang dan buku lebihan untuk diserahkan ke sekolah yang
mengalami kekurangan buku teks.
5. Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir
bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 05-3711273 / 019-5034371. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak
tuan dalam hal ini amat dihargai .
Sekian, terima
kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan