Jumaat, 4 Januari 2019

BANTUAN


Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah



Tuan,

KERJASAMA YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM) & PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) BAGI PELAKSANAAN SUMBANGAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN “BACK TO SCHOOL” (BTS) YPM 2019

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk :-

2.         Sukacitanya dimaklumkan bahawa Yayasan Pelajaran Mara akan memberi sumbangan untuk Program Kembali ke Sekolah untuk tahun 2019 untuk miskin tegar/miskin/B40.

3.         Sekolah-sekolah di Daerah Perak tengah terlibat dalam program tersebut. Dimohon pihak tuan untuk memuat turun lampiran1 dan borang senarai nama peserta yang layak dari sekolah tuan di laman bloghemperaktengah atau di portal PPD Perak Tengah. Tuan di mohon untuk mengisi borang tersebut dan email kepada bantuanppdpet@gmail.com pada atau sebelum 8 Januari 2019. Tuan dimohon untuk memilih murid miskin tegar/miskin/B40 yang layak untuk diberi sumbangan tersebut.

4.         Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Encik Ahmad Azuwan bin Ismail, (Penolong PPD HEM)  di talian 013-4365511 atau 05-3711273.
   
                                                    
Sekian, Terima Kasih.


1. SURAT
2. LAMPIRAN DAN BORANG SENARAI NAMA

Tiada ulasan: