Khamis, 3 Januari 2019

TAKLIMAT PENGELOLAAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2019


Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

TAKLIMAT PENGELOLAAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2019

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh              :  7 Januari, 2019
                        Tempat             :  Bilik Gerakan, SMK Sultan Muhammad Shah, Parit
                        Masa                :  3.00 petang
                        Pengerusi        :  Pengetua  / Wakil
                       
3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada Penolong Kanan Kokurikulum / Pengurus Merentas Desa sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ahmad Zahadi Bin Sopian, Penyelia Sukan di talian 017-5442508 atau 05-3711273.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.


** SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;

Tiada ulasan: