Jumaat, 22 Februari 2019

KEJOHANAN BOLING TENPIN MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPk) TAHUN 2019


Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

KEJOHANAN BOLING TENPIN  MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPk) TAHUN 2019

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :   

                        Tarikh                          :  25  hingga 28 Februari , 2019
                        Masa                            :  8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat kejohanan                     :  Ampang Superbowl, Ipoh
Penginapan                              :  Asrama SK Sri Kinta, Ipoh.
Pendaftaran penginapan          :  4.00 petang di SK Sri Kinta, Ipoh. ( 25 Februari, 2019 )
                                   
3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan agar dapat memberi pelepasan tugas kepada guru dan pelajar dari sekolah tuan ( di Lampiran 1 ) ke kejohanan ini pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Sebarang pertanyaan mengenai kejohanan ini, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508 atau PTPS - Cik Norzila bt Yusof 
di talian 011-2431 8600.


Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;


Tiada ulasan: