Khamis, 21 Februari 2019

LANTIKAN SEBAGAI HAKIM / URUS SETIA PERTANDINGAN PANTUN SEKOLAH MENENGAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019


Pengetua
Sekolah-Sekolah Menengah  Daerah Perak Tengah
(Seperti Lampiran)



Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pegawai  sekolah tuan telah dilantik sebagai HAKIM/ URUSETIA  Pertandingan Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2019 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh             :  28 Februari 2019 (Khamis)          
                        Masa               :  09.30 pagi(Pendaftaran dan Taklimat Hakim) Hakim  
                        Tempat           :  SMA Maahad Al Aziz , Parit Perak

3.         Sehubungan itu dipohon kerjasama dan jasa baik tuan agar dapat memberikan kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada beliau untuk berada di tempat pertandingan pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan.

4.         Bersama ini disertakan senarai urusetia/hakim seperti lampiran. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273 atau En Ahamd Faizullah Bin Hassan di talian 0125490064. Pengerusi Teknik  Sokongan Bahasa Melayu (SM) sedia membantu. Kerjasama dan sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Muat Turun

Surat Lantikan Hakim

Tiada ulasan: