Jumaat, 26 April 2019

PERTANDINGAN KO AKADEMIK – KARNIVAL BAHASA SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah
(Seperti Lampiran )

Tuan,


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk..

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Kokurikulum Akademik Karnival Bahasa Sekolah-Sekolah  Rendah Peringkat Daerah Perak Tengah akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

Tarikh                               :   30 April 2019 ( Selasa )
                   Masa                                :   12.30 – 1.00 Tengah hari (pendaftaran Peserta)
                  Tempat                             :   SK Titi Gantung,Bota , Perak

3.         Sehubungan dengan itu sekolah tuan dijemput hadir ke pertandingan  tersebut. Mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir bagi menjayakan program di atas. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
           
4.         Pihak tuan/puan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Yusmahnizam Bin Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091




MUAT TURUN

SURAT KARNIVAL BAHASA SR

Tiada ulasan: