Jumaat, 26 April 2019

PERTANDINGAN PEMBINAAN BAKAT TUNAS REMAJA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019

Pengetua                                                       
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah            

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Pembinaan Bakat Tunas Remaja Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah  Tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                        Tarikh            :   30 April 2019 ( Selasa )
                        Masa               :  10:30 Pagi ( Pendaftaran Peserta )
                        Tempat           :  SMK Layang-Layang Kiri ,Perak
                       
3.         Sehubungan dengan itu sekolah tuan dijemput hadir ke pertandingan  tersebut. Mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir bagi menjayakan program di atas. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.        

4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273. 


MUAT TURUN

SURAT PERTANDINGAN PEMBINAAN BAKAT TUNAS REMAJA

Tiada ulasan: