Jumaat, 26 April 2019

PERTANDINGAN SCRABBLE SEKOLAH- SEKOLAH MENENGAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019



Semua Pengetua                                                                  
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah            

Tuan,


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan SCRABBLE Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Perak Tengah bagi tahun 2019 akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

Tarikh             :  30  April  2019 (Khamis)   
                        Masa               :  10.30 pagi (Pendaftaran )Hakim 
                        Tempat           :  SMK Changkat lada

3.         Sehubungan dengan itu sekolah tuan dijemput hadir ke pertandingan  tersebut. Mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir bagi menjayakan program di atas. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
           
4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273.

Muat Turun

SURAT PERTANDINGAN  SCRABBLE

MINIT MESYUARAT

Tiada ulasan: