Rabu, 29 Mei 2019

MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2019


Guru Besar

Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Perak Tengah
( Seperti Lampiran )

Tuan,


Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah telah dilantik sebagai pengerusi pengelola Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak Tahun 2019

.3.        Sehubungan itu, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak Tahun 2019 seperti ketetapan berikut :

                        Tarikh             : 11 JUN 2019 ( SELASA )
                        Masa                : 2:30 petang
                        Tempat             : Bilik Mesyuarat SK Seri Iskandar Perak
                       
Agenda  Mesyuarat

                        1.         Ucapan Pengerusi
                        2.         Ucapan PPD
                        3          Ucapan Pegawai JPN
                        4.         Ucapan  Pengerusi Teknik Sokongan Bahasa (SM)
                        5.         Taklimat Pertandingan
                        6.         Kewangan
                        7.         Hal-Hal Lain
                        Pengerusi mesyuarat : Guru Besar SK SK Seri Iskandar Perak

3.         Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah memohon kerjasama tuan untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Bin Yusof, Penolong PPD Kokurikulum akademik  di talian 05-3711273/013 6045091. Kerjasama dan sokongan tuan amatlah dihargai didahului dengan ucapan terima kasih.

MUAT TURUN

SURAT MESYUARAT PENYELARASAN BAHAS BAHASA MELAYU SR

Tiada ulasan: