Rabu, 12 Jun 2019

MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH BAGI PROGRAM TAHUNAN MENYEMAI SEMANGAT “KESETIAAN KEPADA RAJA” PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019


Guru Besar                                                               
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Perak Tengah                 

Tuan,

 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Pidato Diraja Sekolah Rendah Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                        Tarikh            :   13 JUN 2019 (Khamis)
                        Masa               :   2:30 petang
                        Tempat           :   Bilik Mesyuarat SK Seri Cempaka
                        Agenda  Mesyuarat

                        1.         Ucapan Pengerusi
                        2.         Ucapan  Wakil PPD
                        3.         Ucapan  Pengerusi Teknik Sokongan Bahasa (SR)
                        4.         Taklimat Pertandingan
                        5.         Kewangan
                        6.         Hal-Hal Lain
                        Pengerusi mesyuarat : Guru Besar SK Seri Cempaka .

3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan hadir ke mesyuarat tersebut dan membawa kertas konsep yang telah di muat turun dalam portal PPD Perak Tengah . Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273. Kerjasama dan sokongan tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



MUAT TURUN

SURAT MESYUARAT  PENYELARASAN PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA 


Tiada ulasan: