Khamis, 13 Jun 2019

MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019


Guru Besar                                                               
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Perak Tengah                 

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Bicara Berirama Sekolah Rendah Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                        Tarikh            :   17 Jun 2019 ( Isnin )
                        Masa               :   2:30 petang
                        Tempat           :   Bilik Mesyuarat SK Seberang Perak
                       
Agenda  Mesyuarat

                        1.         Ucapan Pengerusi
                        2.         Ucapan  Wakil PPD
                        3.         Ucapan  Pengerusi Teknik Sokongan Bahasa (SR)
                        4.         Taklimat Pertandingan
                        5.         Kewangan
                        6.         Hal-Hal Lain
                        Pengerusi mesyuarat : Guru Besar SK Seberang Perak

3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan hadir ke mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273.. Kerjasama dan sokongan tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Muat Turun

surat mesyuarat

Tiada ulasan: