Rabu, 19 Jun 2019

MESYUARAT PENYELARASAN KARNIVAL TEKNOLOGI HIJAU DAN STEM SEKOLAH MENENGAH DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019


Pengetua
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah

Tuan/Puan


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penyelarasan Pengelolaan Karnival Teknologi Hijau Dan STEM Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :
                        Tarikh              :  24 Jun 2019 ( Isnin )
                        Masa                            :  2.30 petang
                        Tempat             :  Bilik Mesyuarat SMKA Sultan Azlan Shah
                        Agenda  Mesyuarat
                        1.         Ucapan Pengerusi
                        2.         Ucapan  Tuan PPD / Wakil
                        3.         Ucapan  Pengerusi Teknik
                        4.         Taklimat Pertandingan
                        5.         Kewangan
                        6.         Hal-Hal Lain
                        Pengerusi Mesyuarat : Pengetua SMK Sultan Azlan Shah

3.         Sehubungan itu mohon jasa baik tuan/puan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dari sekolah tuan/puan untuk hadir ke mesyuarat tersebut dan membawa borang senarai semak ( lampiran ) serta kertas konsep yang telah di upload dalam blog hemppdperaktengah. Sebarang pertanyaan sila hubungi  Encik Yusmahnizam Bin Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik di talian 013 6045091 atau 05-3711 273.



Muat turun

surat pertandingan

kertas konsep

Tiada ulasan: