Jumaat, 21 Jun 2019

PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH BAGI PROGRAM TAHUNAN MENYEMAI SEMANGAT “KESETIAAN KEPADA RAJA” PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019


Semua Pengetua                                                                  
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah            

Tuan,

PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH  BAGI PROGRAM TAHUNAN MENYEMAI SEMANGAT “KESETIAAN KEPADA RAJA” PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Pidato Diraja Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh             :  25 Jun 2019 ( Selasa )      
                        Masa               :  11.00 pagi ( Pendaftaran ) Hakim           
                        Tempat           :  Dewan SMK Dato Seri Maharaja Lela ,Perak

3.         Sehubungan dengan itu mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir ke pertandingan tersebut. Makan dan minum disediakan oleh pihak penganjur. Pengangkutan ke pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.           

4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam Yusof, Penolong PPD Kokurikulum Akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273. Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Muat turun

SURAT PERTANDINGAN PIDATO DIRAJA

Tiada ulasan: