Isnin, 24 Jun 2019

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN MENULIS ESEI DIRAJA DAN MENCIPTA PUISI ( SAJAK ) BAGI PROGRAM TAHUNAN MENYEMAI SEMANGAT “ KESETIAAN KEPADA RAJA” PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2019


Pengetua
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah
( Sekolah Berkenaan )

Tuan,


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Pertandingan Menulis Esei Diraja Dan Mencipta Puisi ( Sajak ) Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                        Tarikh             : 25 Jun 2019
                        Masa                : 02.00 petang
                        Tempat             : Dewan SMK Dato Seri Maharaja Lela

3          Sehubungan dengan itu mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar ( seperti di lampiran ) dari sekolah tuan untuk hadir ke majlis tersebut. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut.

4          Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam bin Yusof (Pen. PPD Kokurikulum Akademik)  di talian 013 604 5091 / 05-3711 273. Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan majlis ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

Muat Turun


Tiada ulasan: